Tips Menarik

loading...

Rezeki. Lihat Apa Lelaki Ini Jumpa Ketika Mengebumikan Anak Kucingnya


Rompin – Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya.

Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.

"Bila anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya guna terkena objek keras macam besi.

"Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas. Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.

"Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau... warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Bayi diikat, dilayan seperti anjing?

Antara foto yang tersebar di laman sosial BEBERAPA foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar ...

Muka seorang lelaki bengkak seperti belon selama dua bulan selepas dia digit nyamuk.

Beijing: Muka seorang lelaki bengkak seperti belon selama dua bulan selepas dia digit nyamuk. Media tempatan melaporkan, mangsa, Zhang, 30, pekerja kilang cetak di Kunshan di wilayah Jiangsu masih...

Bagai sudah tahu ajal menjemput

KUALA PILAH - “Andai eck (esok) aq (aku) pergi…aq (aku) ingin mntk maaf…mntk ampun at korang semua…lgi2 org yg aq syg…eck (esok) ble aq (aku) xde korang tlg sedekah al-fatihah untk aq (aku) ye…and d...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item