Tips Menarik

loading...

Visa Percuma Untuk Pelancong China


SEPANG - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan berkata, cadangan perlaksanaan visa percuma kepada pelancong China harus disegerakan sebelum Tahun Baru Cina.

Menurut beliau, cadangan itu tidak harus ditangguhkan lagi, kerana enam negara ASEAN telah menawarkan pengecualian bayaran visa kepada pelancong China yang terbukti berkesan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong.

"Trend menunjukkan peningatan, pelancong China sudah kembali dan angka pada Oktober, November dan Disember tahun lepas adalah menggalakkan.

"Saya merayu kepada Kementerian Dalam Negeri, jangan tunggu," katanya.

Cadangan memperkenalkan sistem visa percuma kepada pelancong China itu adalah sebahagian dari usaha untuk mencapai sasaran menarik 29.4 juta pelancong China ke Malaysia sempena Tahun Festival Malaysia 2015.

Mengulas mengenai isu tinggal melebihi tempoh di Malaysia, Nazri berkata itu adalah masalah pelancong yang tidak bertanggungjawab.

"Saya memberitahu Kabinet mereka yang tinggal melebihi tempoh di negara ini memasuki negara untuk tujuan pendidikan tetapi pelancong mempunyai tiket untuk balik.

"Ekonomi China berkembang dengan baik, pelancong mereka adalah pelancong yang berkualiti dan mereka mempunyai wang," katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

"MINTA MAAF KALAU SAYA DATANG LAMBAT" - ANUAR AKHIRNYA TUNJUK MUKA

Anwar Ibrahim bersama Husam Musa meninjau kawasan banjir di Guchil, KelantanKOTA BHARU, 1 Januari: Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Kelantan dengan alasan faktor tiket k...

"JANGAN BIMBANGKAN PM TIADA DALAM NEGARA, TAPI BIMBANGKAN APA YANG BERLAKU DALAM NEGARA" - TIMBALAN PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara.  Perdana Menteri juga...

DATO SERI NAJIB SIBUK BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DI HAWAII KETIKA RAKYAT BERTARUNG HIDUP KERANA BANJIR ?

HONOLULU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan cuti di Hawaii dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.Mereka mengadakan perbincangan menge...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item