Tips Menarik

loading...

ZIZAN TUKAR KETERANGAN, PERPISAHAN PUNCA SIKAPNYA SENDIRI


Petang tadi, Zizan mendedahkan kepada media punca perpisahan dengan Emma Maembong disebabkan keinginannya membeli kereta sport. Bagaimanapun, berbeza pula nadanya pada sebelah malam yang mengatakan perpisahan itu berpunca dari sikap dirinya sendiri.

Terdahulu, Emma sebelum ini mengakui banyak memendam rasa dan makan hati dengan sikap Zizan. Bagaimanapun, dia sudah tidak mampu bertahan lagi dengan pelawak terkenal itu. 

Jelas Zizan, punca perpisahan mereka bukan kerana dia ingin membeli kereta sport, sebaliknya, sikap dirinya sendiri.

"Saya banyak buat silap dengannya dan ada kala terabai perhatian hingga membuatkan dia memendam rasa. Kesibukan kerja membuatkan saya ada kalanya tak dapat berjumpa dengannya. Biasalah wanita memang nak perhatian.

"Sebab itu juga Islam letak kuasa perceraian kepada lelaki bernama suami. Jadi ia jelas menggambarkan situasi kami. Cuma kami belum berkahwin. Tapi saya mahu minta maaf banyak banyak kepada dia kerana kesilapan semua berpunca dari diri ini.

"Saya berharap untuk kembali kepadanya. Insya-Allah akan cuba memenangi hatinya semula. Dan saya berharap orang di luar sana termasuk peminat mendoakan hubungan kami kembali bersatu," katanya.

Tambah Zizan lagi salah satu sikap Emma yang membuatkan beliau tertawan ialah sikap kesederhanaan.

"Saya puji sikapnya itu. Kami sebenarnya ada berborak dan saya menyatakan keinginan untuk membeli kereta sporty. Tetapi dia tak suka saya membazir dan bermewah. Saya ini memang bab kereta akan tewas," katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

PEMINAT KRITIK IZREEN AZMINDA BERKEMBAN DI TEATER TAKHTA 3 RATU

Izreen Azminda memberikan alasan bahawa penampilan berkemban di dalam Takhta 3 Ratu hanyalah menurut kehendak watak semata-mata. Menurut Izreen, dia juga tidak mahu melepaskan peluang tampil di p...

PUNCA SEBENAR RAMAI KAKITANGAN BERHENTI BERKHIDMAT DI MEDIA PRIMA

Ratusan kakitangan syarikat kumpulan media terbesar di Malaysia, Media Prima Bhd telah meninggalkan syarikat tersebut melalui satu skim perpisahan. Menurut laporan media tempatan, kakitangan dari...

GAMBAR INTIM FAZURA LENTOK MANJA DI BAHU WAK DOYOK TERSEBAR

Wak Doyok dapat bergambar secara super dekat dengan Fazura. Paling best, Fazura siap melentok kat bahu Wak Doyok. Apa yang kami pasti, pasti ramai jejaka-jejaka malaya di luar sana 'butthurt' den...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item